Negara yang telah memansuhkan lesen televisyen Lesen televisyen

Negara-negara berikut pernah mewajibkan lesen televisyen, tetapi kini sudah dimansuhkan (tahun pemansuhan, sebab pemansuhan (jika ada); dan pembiayaan masa kini diberikan):

  •  Australia (1974, atas dasar bahawa kecapaian perkhidmatan televisyen dan radio ke hampir seluruh negara menjadikan pembiayaan awam secara tidak langsung adalah lebih adil; ABC kini dibiayai oleh geran kerajaan, penjualan cenderamata dan pengedaran rancangan ke antarabangsa)
  •  Belanda (2000, berikutan kos pengutipan berlebihan; NPO kini dibiayai oleh cukai awam
  •  Belgium (2001, wilayah Flanders sahaja; VRT kini dibiayai oleh cukai am)
  •  Cyprus (akhir 1990-an, akibat tekanan dari penyiar swasta; CyBC kini dibiayai oleh pengiklanan dan geran kerajaan)
  •  Gibraltar (2006[2]; Gibraltar Broadcasting Corporation dibiayai oleh geran kerajaan)
  •  Hungary (2002, unit perumahan sahaja; Magyar Televízió dan Duna TV dibiayai oleh cukai kerajaan)
  •  India (1977, All India Radio dan Doordarshan dibiayai oleh Kerajaan India dan pengiklanan)
  •  Malaysia (1999; RTM kini dibiayai oleh cukai kerajaan dan pengiklanan)
  •  New Zealand (1999, pembiayaan kos pengutipan yuran sukar ditampung; saluran TV menjadi penjana pendapatan komersil untuk kerajaan tanpa apa-apa kewajipan khidmat awam lagi)
  •  Portugal (1992; RTP dibiayai oleh subsidi kerajaan dan pengiklanan[3], tetapi yuran radio masih dikenakan dalam bil elektrik)
  •  Singapura (2011)[4]